Teringat nasi goreng dan susu RMT

No Image Caption
A
A
A

BERMULA Januari tahun depan, murid Tahun Satu bakal menikmati sarapan percuma di sekolah. Menarik bukan?

Teringat Merak Jalanan ketika sekolah dahulu, kami diberikan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) di sekolah.

Tiap kali bangun pagi mesti teringat nasi goreng dan susu yang disediakan. Itu yang buat semangat nak pergi sekolah.

Tetapi ada kawan-kawan Merak Jalanan yang tidak ambil pun sarapan yang disediakan sebab alasan sakit perut.

Apabila ditanya, mereka kata tak biasa makan pagi, kerana mak ayah susah jadi hanya makanan tengah hari yang disediakan di rumah.

Waktu rehat, mereka lebih suka bermain di padang atau meneguk air paip apabila dahaga.

Sehinggalah, lama kelamaan tiada lagi sarapan disediakan kerana banyak makanan tak habis dan terpaksa dibuang.

Bermulanya sesi persekolahan baharu juga, pelajar Tingkatan Empat akan memilih empat pakej mata pelajaran yang dikategorikan berdasarkan mata pelajaran Teras, Wajib dan Elektif.

Artikel Berkaitan:

Merak Jalanan kagum dengan guru-guru di Malaysia. Buatlah perubahan apa sahaja, mereka tetap bersedia.

Tetapi betulkah cukup tempoh sebulan diberikan untuk melaksanakan dasar baharu ini. Jangan pula disebabkan ketidakcukupan guru opsyen, prasarana dan modul terutama bagi 80 lebih mata pelajaran elektif yang diumumkan menyebabkan kita beralasan untuk tidak menyediakan kemudahan itu.

Natijahnya, kita mungkin kembali kepada sistem lama secara perlahan-lahan sama ada kita sedar ataupun tidak.

Bermula 1 Januari juga, peraturan menggunakan kerusi kanak-kanak (CRS) di dalam kenderaan dikuatkuasakan.

Jika di Jepun hanya kanak-kanak enam tahun ke bawah sahaja yang perlu menggunakan CRS tetapi di negara kita sehingga usia 12 tahun.

Nasib baiklah kerajaan beri kelonggaran untuk keluarga yang besar, jika tidak terpaksalah menggunakan khidmat Grab setiap kali ingin keluar bersama keluarga.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!