Aura si stailo rambut

PAKAR rambut terkemuka Dubai itu menyediakan pelbagai perkhidmatan termasuk merapi janggut.
PAKAR rambut terkemuka Dubai itu menyediakan pelbagai perkhidmatan termasuk merapi janggut.
A
A
A

SANGGUP terbang sejauh 10,121 kilometer dari Australia ke Dubai semata-mata mahu mengubah stail rambut? Mungkin kedengaran tidak munasabah, tetapi itulah yang dilakukan peminat fanatik Jason Makki.

Mereka rela merantau berbatu-batu jauhnya demi mendapatkan gaya rambut yang stailo dan imej baharu sebagai kejutan majlis perkahwinan dan hadiah ulang tahun.

Tidak kurang peliknya, ada juga mahu berubah dari segi penampilan luaran itu demi untuk mencari pasangan baharu.

Tidak percaya? Sentuhan magis pakar rambut itu mampu mengubah wajah si botak menjadi jejaka persis model yang pastinya membuatkan anda terkesima! Daripada rambut kerinting menjadi lurus sekelip mata.

Banyak video tutorial yang dikongsi di dalam Jason Makki Youtube Channel memperlihatkan kelincahan pemilik salon terkemuka Dubai itu sehingga mendapat lebih 2.3 juta subscriber.

Menariknya, beliau hanya dikenali kerana minatnya yang suka berkongsi gambar hasil kerjanya di dalam media sosial, Instagram bermula pada Januari 2014 sebelum namanya menjadi sebutan dek ledakan Youtube Channel.

JASON (kiri) terkenal di Dubai dan seluruh negara dek ledakan Jason Makki Youtube Channel.
JASON (kiri) terkenal di Dubai dan seluruh negara dek ledakan Jason Makki Youtube Channel.

Kejutan

Artikel Berkaitan:

Berkongsi dalam Youtube Channelnya, Jason tidak ketinggalan menceritakan kisah pelanggannya yang bakal mendirikan rumah tangga, pada masa sama berdepan masalah rambut sanggup datang menemuinya pada enam bulan lalu.

Matlamat pelanggannya cuma satu. Semata-mata mahu berubah menjadi orang lain dan memberikan kejutan manis buat isteri serta ahli keluarganya dalam satu majlis paling tidak akan dilupakan buat selama-lamanya.

“Memang tidak dinafikan berdepan masalah keguguran rambut kerana faktor usia cukup menakutkan. Ini perkara yang harus kita terima kerana tiada siapa boleh elak penuaan. Ia sama seperti masalah kedutan dan sakit sendi.

“Bagaimanapun, kadang-kadang membuat sedikit perubahan ada manfaatnya terutamanya untuk hari paling penting dalam hidup seperti kes lelaki dalam cerita ini,” katanya.

TEKNIK dan kelincahan tangan Jason mendapat perhatian ramai sehingga menerima lebih 2.3 juta subscriber.
TEKNIK dan kelincahan tangan Jason mendapat perhatian ramai sehingga menerima lebih 2.3 juta subscriber.

Rambut gugur

Tidak dinafikan katanya, isu keguguran rambut boleh menjejaskan keyakinan diri dan menyebabkan diri tidak selesa berdepan dengan orang ramai.

“Lelaki itu meminta saya untuk mempersiapkannya demi hari perkahwinan yang bakal tiba dan mahu memberikan kejutan kepada semua dengan gaya rambut baharu.

"Selepas mencuci dan menggayakan rambutnya, saya menambah Hair Building Fiber (Thick Fiber) untuk menutupi kawasan botak atau seluruh kepalanya," ujarnya yang teruja melihat perubahan drastik itu.

Bukan itu sahaja, banyak lagi video tutorial yang dikongsi di dalam media sosial itu mempunyai kisah tersendiri dengan pelbagai stail rambut tidak kira muda mahupun tua.

Jika anda ada bajet yang lebih dan ingin merancang untuk melancong ke luar negara, terbanglah menerokai bumi Dubai dan temui si pakar rambut itu untuk merubah penampilan diri.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!