Tak perlu risau bateri ‘kong’, nasib baik ada Siri Huawei Y9 - bateri tahan lama, saiz simpan gambar besar dan skrin lebar daripada harga hanya RM799

No Image Caption
A
A
A

“Aduh, bateri nak ‘kong’ pulak...tinggal 5 percent je lagi, camner nak ambil video ni?” Ini adalah keluhan yang sering kita dengar sejak dari dulu. Terutama bagi mereka yang gemar mengambil gambar dan video.

Bateri kong boleh mendatangkan kemarahan ya. Disebabkan itulah ramai yang terpaksa usung power bank yang berat ke hulu ke hilir. Tak cukup satu, ada juga yang bawa dua power bank sekali gus.

Iyalah nak pergi konsert, nak ambil gambar, nak ambil video artis menyanyi bukan boleh sekejap, mesti lama kan. Jadi nak tak nak kena bawa power bank. Paling sakit hati apabila member sebelah pun nak tumpang sekaki guna power bank. Adoi...nak marah kawan, jadi terpaksa la kasi juga.

Pastu, paling malang dan tak boleh nak kompromi adalah storage penuh. Nak ambil video lagi tapi dalam masa yang sama sayang nak delete gambar dan video yang lain. Adoiii...rasa nak nangis. Oh god please help me!

Ini adalah antara situasi yang sering orang zaman sekarang hadapi. Boleh dikatakan setiap dari kita mengalami masalah ini. Tak baik tak mengaku. Disebabkan itulah apabila Huawei muncul dengan telefon bimbit Huawei Y9s. Wow, aku yang paling gembira. Sebab aku jenis yang suka ambil gambar banyak-banyak, video macam-macam lepas tu tak reti-reti nak delete. Sapa jenis macam aku kita boleh geng.

Sebab apa aku happy dengan Huawei Y9s? Mari aku senaraikan supaya korang pun happy macam aku. Aku bukan jenis kedekut nak kongsi dengan kawan-kawan yang aku sayang hokay...

  1. Kualiti kamera
Kalau cerita bab kualiti, semua orang tahu kualiti kamera Huawei Y9s memang terbaik. Ambil gambar dan terus puas hati. Tak perlu lagi nak letak macam-macam filter untuk nampak cantik sebab Huawei Y9s ini menggunakan kamera swafoto pop-naik dengan keupayaan 16 megapiksel dan ia dilengkapi dengan keupayaan Kecerdasan Buatan (AI) untuk mencantikkan gambar yang dirakam. Ia juga menggunakan kamera tiga lensa berkeupayaan 48 megapiksel. Fuh terbaik.

Kamera hadapannya boleh disembunyikan menerusi modul pop-up, memberikan ruang penuh untuk skrin.

  1. Skrin besar dan luas
Lupa nak cakap, selain daripada suka ambil gambar dan video aku juga suka tengok YouTube. Jadi kalau skrin kecil, memang tak puas la kan. Jadi dengan Huawei Y9s, aku memang puas hati sebab skrinnya dari jenis LCD berukuran 6.59-inci, dengan resolusi HD Penuh serta tiada takuk dan lubang. Nak tengok movie di Iflix, Netflix, dan semua la yang ada kat internet tu memang tak ada masalah. Hidup aku bahagia beb.
  1. Storage besar
Tadi dah cakap pasal storage kan. Huawei Y9s ini storagenya adalah sangat besar. Banyak gambar atau video yang korang boleh ambil dan simpan sahaja dalam telefon tu. Sampaikan kalau korang tak ada thumbdrive, telefon Huawei Y9s ini boleh dijadikan thumbdrive tau. Hebat bukan. Tapi sekali sekala kenalah buat pembersihan juga. Janganlah gambar tahun lepas pun masih simpan dalam kamera tu kan.
  1. Bateri tahan lama
Ini yang aku bebelkan sejak dari awal tadi dan ini jugalah yang telefon lain tidak ada kelebihan ini. Tak perlulah aku risau dengan bateri dan bawa power bank ke hulu ke hilir. Dengan 4000 mAh, cukup puas hati.
  1. Harga mampu milik
Harga untuk telefon ini ditawarkan adalah RM999 harga yang mampu untuk rakyat Malaysia membeli. Paling penting ia berbaloi-baloi jika korang jenis yang tak boleh hidup tanpa telefon. Sebelum tidur tengok telefon, bangun tidur nak kencing malam pun tengok telefon.

Jadi aku cadangkan pililah Huawei Y9s macam aku. Ni aku bantu mudahkan hidup korang. Tekan je link di bawah dan dah boleh terus beli. Atau boleh juga ke Stor Experience Huawei dan stor pengedar rasmi Huawei.

Artikel Berkaitan:

Oh ada berita gembira, sekarang dengan pembelian Huawei Y9s, ada hadiah istimewa Huawei Band 4 berharga RM139. Boleh tebus di Member Center untuk pembeli terawal, selagi stok masih ada.

No Image Caption



Aku ringkaskan ciri-ciri Huawei Y9s - skrin luas 6.59 inci, kamera tiga lensa berkeupayaan 48 megapiksel dan bateri 4000 mAh.

Sajalah nak beritahu lagi sekali bahawa harga Huawei Y9 series sekarang hanya RM999 dan harga baru Y9 Prime adalah RM799.

Klik sini tau: https://shop.huawei.com

Yang benar,

Orang Yang Tak Boleh Hidup Tanpa Telefon

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!