JKM Jempol cari waris Ashuri Abdul Ghaffar
JEMPOL - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Jempol mencari waris kepada seorang lelaki warga emas yang ditemui sebagai gelandangan di sekitar daerah ini.
Pegawainya, Norasmawati Selamat berkata, warga emas itu dikenali sebagai Ashuri Abdul Ghaffar, 56, yang dipercayai berasal dari dari Rantau.
"Kami sebelum ini telah menjalankan suatu Operasi Pengemis hasil aduan awam pada 20 November lalu di sekitar Pekan Bahau.
"Lelaki ini ditemui dalam keadaan tidak terurus sedang duduk di sebuah meja dekat premis makanan segera," katanya kepada Sinar Harian hari ini.
Katanya, ketika ini dia ditempatkan sementara di Pusat Sehenti Bina Diri (PSBD) Sungai Buloh bagi menjamin kebajikannya dan untuk tujuan mengesan waris.
"Kes disiasat di bawah Akta Orang Papa 1977, susulan itu kami mengalu-alukan waris atau mana-mana individu yang mempunyai maklumat berkenaannya untuk menghubungi Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Jempol.
"Sebarang maklumat yang diperlukan boleh hubungi Mohd Haniff Jaaffar di talian 06-4581400," katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!