Unai Emery dipecat
UNAI Emery dipecat daripada jawatan pengendali Arsenal sebentar tadi dengan Freddie Ljungberg akan memangku jawatan tersebut buat sementara waktu.
Memetik kenyataan rasmi, Arsenal berterima kasih kepada Emery dan pasukan kejurulatihannya yang telah bersama pasukan itu sejak tahun lalu.
"Kami mendoakan kejayaan buat Emery dan pasukan kejurulatihannya di masa akan datang. Tindakan ini diambil berdasarkan keputusan dan persembahan pasukan dalam beberapa perlawanan kebelakangan ini.
"Kami juga telah meminta Ljungberg untuk memangku jawatan tersebut buat sementara waktu dan kami percaya dengan kebolehannya," katanya.
Kekalahan 1-2 kepada Eintracht Frankfurt awal pagi tadi menyaksikan persembahan buruk The Gunners yang gagal mencatatkan kemenangan dalam tujuh perlawanan iaitu rekod paling buruk sejak 27 tahun lalu.
Emery mula membimbing kelab Utara London itu pada musim panas tahun lalu menggantikan Arsene Wenger.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!