Kampung Lachang, Bongor bakal ditenggelami banjir

Keadaan air Sungai Golok mulai melimpahi tebing akibat hujan yang kadang kala lebat ketika ini.
Keadaan air Sungai Golok mulai melimpahi tebing akibat hujan yang kadang kala lebat ketika ini.
A
A
A

RANTAU PANJANG - Kampung Lachang dan Bongor dekat sini berisiko ditenggelami banjir ekoran peningkatan luar biasa paras air Sungai Golok disebabkan hujan yang kadang kala lebat turun sejak beberapa hari lalu.

Ketua Balai Bomba Rantau Panjang, Penolong Penguasa Bomba Imran Ismail berkata, ketika ini paras air Sungai Golok sudah mencecah paras amaran 8.05 meter berbanding biasa iaitu lima meter.

"Jika hujan lebat masih berterusan kita tidak menolak kemungkinan Kampung Lachang dan Bongor bakal dilanda banjir dalam tempoh terdekat.

"Jadi kita mohon penduduk dua kampung tersebut membuat persediaan awal untuk berpindah sekiranya paras air semakin naik," katanya.

Menurutnya, persiapan awal bertujuan mengelak berlaku sebarang masalah ketika kerja-kerja pemindahan.

Katanya, pasukan Bomba dan Penyelamat Rantau Panjang kini sedang memantau paras air Sungai Golok dan meninjau kampung terlibat termasuk kawasan rendah berhampiran Sungai Golok," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!