Sukarelawan selamatkan kucing dengan gaya dreadlock

Chamade mempunyai dreadlock di bahagian belakang badannya akibat lama tidak dijaga. - Foto Agensi
Chamade mempunyai dreadlock di bahagian belakang badannya akibat lama tidak dijaga. - Foto Agensi
A
A
A

PARIS - Sukarelawan dari pusat penyelamat haiwan, Radeau des Animaux di Ferel, Perancis menyelamatkan seekor kucing jantan dengan hampir 1 kilogram 'dreadlock' di belakang badannya.

Ketua pusat penyelamat, Dominique Bacot berkata, kucing yang diberi nama Chamade itu memiliki bulu panjang ketika ia tiba di tempat perlindungan tersebut.

"Kucing boleh gaya itu apabila bulu di bahagian bawah tumbuh dan bertindan dengan bulu di bahagian atas. Proses ini dipanggil matting.

"Kebanyakan pemilik biasanya hanya menumpukan pada lapisan atas ketika mendandan kucing mereka dan mengabaikan simpulan yang berpintal di bahagian bawah," katanya.

Disebabkan telah terlalu lama tidak dijaga, bulu Chamade telah menjadi keras sehingga menyukarkan sukarelawan untuk menyelamatkan bulu tersebut dengan hanya menyikatnya.

Chamade yang dianggarkan berusia sembilan tahun kini dijaga sebuah keluarga yang begitu menyayanginya. - Agensi

Dreadlock di belakang badan Chamade telah dibuang dan ia kini dijaga sebuah keluarga baharu. - Foto Agensi
Dreadlock di belakang badan Chamade telah dibuang dan ia kini dijaga sebuah keluarga baharu. - Foto Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!