Anta Permana, Ragaman antara 12 lagu finalis AJL34

Finalis AJL34
Finalis AJL34
A
A
A
MENEPATI ramalan ramai, lagu ciptaan Hael Husaini dan Ezra Kong yang berjudul Anta Permana, berjaya melayakkan diri ke pentas Anugerah Juara Lagu ke-34.

Lagu nyanyian asal Datuk Seri Siti Nurhaliza itu disampaikan oleh penyanyi ganti, Bob Yusof pada pentas separuh akhir Muzik-Muzik 34, minggu lalu.

Diikuti lagu Ragaman daripada Faizal Tahir, Drama (Drama Band), Sumpah (Naim Daniel), Kisah Cinta Kita (Hafiz Suip) dan Ku Bersuara (Ernie Zakri).

Tidak ketinggalan Bangun (Aman RA), Rampas (Akim & The Majistret), Dinda (Kugiran Masdo), Peneman (Hazama & The Penglipurlara), Lembah Kesepian (Haqiem Rusli) dan Sumpah (Aina Abdul).

Pengumuman tersebut telah dilakukan pada minggu ketika separuh akhir Muzik-Muzik 34, yang berlangsung di Plaza Alam Sentral, Shah Alam, pada Jumaat.

Kesemua lagu bertanding diadili barisan juri profesional yang terdiri daripada Datuk Syafinaz Selamat, Aubrey Suwito, Edrie Hashim, Ajai, Faizal Uzir (Lok U), Aznul Haidi Azmi dan Azmeer selaku ketua juri.

Terdahulu 30 lagu berentap di peringkat separuh akhir yang berlangsung pada 15, 22 dan 29 November untuk menempatkan diri sebagai 12 finalis AJL34. Penilaian dibuat berdasarkan 60% pemarkahan daripada barisan juri dan 40% menerusi undian peminat.

Program yang dihoskan oleh Sherry AlHadad dan Haziq Hussni itu turut menampilkan kumpulan Shades sebagai artis jemputan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!