Peluang miliki al-Quran tagging
KOTA BHARU - Al-Quran Al-Haramain Tagging bukan hanya memudahkan rujukan malah membantu pembaca merancang pembacaan lebih cepat.
Al-Quran ini yang dijual pada harga berpatutan diperkenalkan pada Pesta Buku Karangkraf 2019 di KB Mall yang berlangsung selama empat hari sehingga esok.
Pada pesta buku itu, turut dijual al-Quran Stand iaitu naskah al-Quran yang disertakan bersama pemegang bagi memudahkan penggunaan di masjid ketika menyampaikan majlis ilmu dan sebagainya.
Pengarah Urusan Syarikat Muda Osman (SMO), Ahmed Azim Othman berkata, pengguna yang ditemui berpuas hati dengan al-Quran tagging kerana memudahkan mereka membuat rujukan.
"Mereka yang datang beli di KB Mall ini merupakan pembaca pertama kerana kami baru mula menjualnya di sini.
"Jangan lepaskan peluang keemasan ini dan dengan tawaran harga yang menarik. Saya yakin ramai yang mampu memiliki al-Quran Al-Haramain Tagging ini," katanya kepada Sinar Harian di sini semalam.
Menurutnya, selain al-Quran, orang ramai berpeluang mendapatkan novel pelbagai genre bermula pada harga semurah RM1.
"Jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk dapatkan pelbagai jenis bahan bacaan di Pesta Buku Karangkraf 2019 di KB Mall bermula jam 10.30 pagi sehingga 9.45 malam," katannya.
Katanya, bagi peminat Didi & Friends, mereka boleh bertemu maskot itu pada 30 November bermula jam 11.30 pagi hingga 6 petang.
Program lain yang disediakan termasuk tazkirah oleh Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani pada jam 6 petang hingga 7 malam.
Selain itu, turut menyerikan majlis ialah pertandingan mewarna pada jam 10.15 pagi dan permainan Movin' On Up Cup pada jam 9.10 malam.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!