Penyerang tempatan kena latihan tambahan

Mohd Hashim Mustapha
Mohd Hashim Mustapha
A
A
A

BEKAS penyerang kebangsaan Mohd Hashim Mustapha berkata, sebagai bekas pemain dan juga jurulatih, beliau melihat sikap malas melakukan ‘kerja tambahan’ menjadi punca penyerang tempatan tidak berkualiti untuk memberikan cabaran kepada pemain import yang beraksi pada saingan Liga M.

"Sikap itu memberikan impak negatif kepada pasukan kebangsaan dan perkara tersebut sudah terbukti berlaku dalam saingan Piala AFF Suzuki 2018 lalu serta kejohanan-kejohanan lain.

"Pemain perlu segera mengatasi sikap itu sekiranya mereka mahu kerier sebagai pemain bola sepak bertahan lama," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Untuk rekod, Mohd Hashim pernah meraih anugerah kasut emas Divisyen 2 pada tahun 1990 selepas meledakkan 15 gol.

Tiga tahun kemudian, Mohd Hashim muncul penjaring terbanyak Liga Malaysia setelah mendahului pencabar terdekat ketika itu, Jose Iriarte (Negeri Sembilan) dengan 13 gol.

Malah, pada tahun 1994, bekas pemain Kelantan itu berjaya menjaring 30 gol dalam semusim dan rekod itu terus kekal tanpa mampu dicabar penyerang import mahupun tempatan.

Mohd Hashim yang kini ditugaskan membimbing pasukan skuad piala presiden The Red Warrior (TRW) berkata kedudukan penyerang tempatan untuk beraksi semakin terhad berikutan minat kebanyakan pasukan yang mendapatkan khidmat dua pemain import.

"Ia situasi yang perlu dilalui, sehubungan itu untuk merebut tempat dalam pasukan, lengkapi diri dengan skil lebih baik.

Artikel Berkaitan:

"Selepas tamat sesi latihan bersama pasukan, pemain boleh melakukan latihan tambahan bersendirian seperti sepakan percuma, menjaringkan gol, mempertingkatkan latihan kawalan bola dan sebagainya," katanya.

Selain itu, pemain juga perlu mempunyai sasaran sepanjang musim untuk menjaringkan gol tidak kira pasukan menang atau kalah.

"Sebagai penyerang, setiap kali perlawanan mesti ada sasaran untuk menjaringkan gol, kerana itu adalah tanggungjawab kita," katanya. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!