'Baby Shark’ selamatkan nyawa budak 3 tahun

Gambar yang dikongsikan pihak polis menunjukkan kesan peluru sesat pada patung Baby Shark tersebut. - Foto Madison Police Department
Gambar yang dikongsikan pihak polis menunjukkan kesan peluru sesat pada patung Baby Shark tersebut. - Foto Madison Police Department
A
A
A

WISCONSIN - Sebuah anak patung 'Baby Shark' menyelamatkan nyawa seorang kanak-kanak berusia tiga tahun daripada terkena tembakan peluru sesat yang menembusi dinding rumahnya di Wisconsin, Amerika Syarikat (AS).

Jabatan Polis Madison berkata, kanak-kanak perempuan itu sedang tidur di katil apabila insiden tembakan berlaku di luar kawasan rumahnya sekitar jam 8.42 malam (waktu tempatan) Ahad lalu.

"Penyiasat menemui 45 kelongsong peluru di lokasi kejadian menandakan terdapat insiden berbalas tembakan," kata jabatan polis terbabit dalam satu laporan.

Salah satu peluru sesat tersebut turut memasuki bilik anak kecil yang sedang tidur itu.

Media tempatan melaporkan, ketika kejadian kanak-kanak tersebut sedang memeluk anak patung 'Baby Shark' itu dan peluru tersasar hanya beberapa inci daripada tubuhnya.

Satu lagi lubang peluru turut ditemui berhampiran kepala kanak-kanak berkenaan.

Pihak berkuasa masih menyiasat insiden tembakan itu dan setakat ini laporan kecederaan diterima. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!