Keiko Fujimori dibebas dari penjara

Ketua pembangkang Peru, Keiko Fujimori bebas dari penjara setelah menjalani tahanan selama 13 bulan sebelum perbicaraan kes rasuah.- Foto AFP
Ketua pembangkang Peru, Keiko Fujimori bebas dari penjara setelah menjalani tahanan selama 13 bulan sebelum perbicaraan kes rasuah.- Foto AFP
A
A
A

LIMA - Pemimpin pembangkang Peru, Keiko Fujimori dibebaskan dari penjara semalam setelah menjalani tahanan selama 13 bulan sebelum perbicaraan kes rasuah dikaitkan dengan syarikat pembinaan Brazil, Odebrecht.

Mahkamah Perlembagaan mengarahkan pembebasan Fujimori menerusi keputusan yang hanya berkaitan dengan penahanannya dan bukan berhubung kes rasuah terbabit.

"Ia merupakan kejadian paling menyakitkan dalam hidup saya," kata Fujimori ketika meninggalkan penjara sambil dikerumuni penyokong dan wartawan.

Fujimori, 44, yang ditahan sejak 31 Oktober 2018 dituduh menerima dana daripada syarikat Odebrecht ketika kempen pilihan raya pada tahun 2011 sebagai pemimpin ketua parti sayap kanan, Popular Force.

Parti berkenaan merupakan pemain utama pilihan raya Peru pada tahun 2016 namun semakin kehilangan kuasa sebahagiannya akibat dua kegagalan berturut-turut Fujimori dalam pusingan kedua pilihan raya presiden pada tahun 2011 dan 2016.

Sementara itu, Odebrecht mengaku merasuah beberapa pegawai berkuasa termasuk empat bekas Presiden Peru. - AFP

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!