Kerajaan berusaha selesaikan isu penurunan ringgit: Tun M

Dr Mahathir (dua dari kiri) yang juga Yang Dipertua Perkim mendengar penerangan daripada Setiausaha Agung Kehormat Perkim, Tan Sri Mohd Yusof Noor ketika melawat ruang pameran sempena Mesyuarat Agung Tahunan Perkim Peringkat Kebangsaan Kali ke-58 hari ini. - Foto Bernama

A
A
A

PETALING JAYA - Kerajaan berusaha mencari langkah untuk menyelesaikan isu penurunan ringgit memandangkan penyusutan nilai mata wang negara menjadi antara punca kebimbangan dalam kalangan rakyat Malaysia.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, salah satu sebab adalah pihak yang menurunkan nilai mata wang.

“Satu daripada sebab (penurunan nilai ringgit) adalah pihak yang menurunkan nilai mata wang kita. Kalau dulu mata wang kita RM3.80 (AS$1) sekarang RM4.20 (AS$1).

“Oleh kerana nilai mata wang kita (turun) segalanya yang kita beli itu sudah menjadi lebih mahal," katanya selepas menghadiri mesyuarat agung tahunan ke-58 Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) Kebangsaan di sini hari ini.

Dr Mahathir berkata demikian bagi mengulas laporan media mengenai kajian Emir Research, sebuah organisasi pemikir bebas yang menunjukkan Indeks Kerisauan Nasional (NWI) berada pada tahap 'maksimum'.

Kos sara hidup antara empat faktor yang menjadi kebimbangan utama dalam kalangan rakyat Malaysia selain pekerjaan, ekonomi dan keselamatan. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!