Ljunberg mahu pastikan penyokong Arsenal kembali senyum

LJUNGBERG
LJUNGBERG
A
A
A

FREDDIE Ljungberg bakal menghadapi ujian awal selepas dilantik sebagai pengurus sementara Arsenal ketika menentang Norwich City dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Carrow Road malam ini.

Biarpun mengakui tugas getir menantinya, Ljunberg yang juga bekas pemain Arsenal tetap mengimpikan kemenangan, sekali gus menghadiahkan sesuatu yang istimewa buat penyokong setia The Gunners.

"Tidak kisah berapa lama saya akan membimbing Arsenal, saya janji akan berikan yang terbaik. Saya perlu membuat penyokong kembali tersenyum.

"Kami akan sibuk dalam beberapa minggu akan datang dan kepada semua penyokong, pasukan ini memerlukan sokongan anda," katanya.

Ljungberg menjadi pengendali sementara Arsenal apabila Unai Emery dipecat kelmarin selepas gagal membawa The Gunners meraih kemenangan dalam tujuh perlawanan terakhir.

Dalam pada itu, Arsenal tidak boleh melantik Ljunberg sebagai pengendali tetap kerana beliau tidak mempunyai lesen UEFA Pro. Situasi itu menyebabkan mereka perlu mencari pengurus baharu untuk menggantikan Emery.

Peraturan dalam saingan EPL mengehadkan sesebuah kelab hanya boleh dilatih oleh pengurus sementara selama tiga bulan. Ketika ini, Arsenal sedang menilai beberapa nama menggantikan Emery, antaranya bekas pengurus Juventus, Massimiliano Allegri dan pengurus Wolverhampton, Nuno Espirito Santo.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!