Kumpulan akhir mayat 39 migran warga Vietnam selamat tiba

544990
544990
A
A
A

HANOI - Kumpulan mayat terakhir daripada 39 migran warga Vietnam yang ditemui maut dalam kontena sejuk beku di Britain bulan lalu selamat tiba hari ini, kata kementerian luar negara itu.

Kumpulan pertama 16 mayat mangsa dihantar pulang ke Vietnam pada Rabu lalu dan disambut tangisan hiba ahli keluarga setibanya di kampung halaman masing-masing.

"Mayat dan abu 23 lagi mangsa tiba di Lapangan Terbang Noi Bai di Hanoi hari ini," umum Kementerian Luar Vietnam.

Laporan Vietnam News Agency menyebut, sejumlah 16 mayat dan abu tujuh mangsa diterbangkan dari London dan segera dihantar pulang ke pangkuan keluarga.

ARTIKEL BERKAITAN: Vietnam bawa pulang 39 mayat dalam kontena

39 mayat dalam kontena dipercayai warga Vietnam

Waris mangsa diberi pilihan sama ada mahu membawa pulang abu atau mayat, kebanyakannya memilih untuk membawa pulang mayat dan terpaksa membuat pinjaman kerajaan demi menanggung kos penghantaran.

"Saya memutuskan untuk membawa pulang mayat agar kami boleh melihatnya untuk kali terakhir," kata Le Minh Tuan ayah kepada Le Van Ha, salah seorang daripada 31 lelaki dan lapan wanita yang ditemui maut di Essex pada 23 Oktober lalu.

Artikel Berkaitan:

Ahli keluarga 39 migran Vietnam itu memberitahu AFP, mangsa dijanjikan laluan selamat oleh broker yang menguruskan perjalanan tersebut.

Dalam pada itu, pemandu trak terbabit Maurice Robinson, 25, mengaku bersalah berkomplot dalam migrasi secara haram.

Beberapa individu lain turut ditahan di United Kingdom susulan insiden tersebut sementara Vietnam menahan sekurang-kurangnya 10 orang namun tiada dakwaan rasmi dibuat setakat ini. - AFP

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!