Atlet gimnastik digugurkan sebab 'tiada dara'

Shalfa mendakwa dirinya digugurkan dari kem latihan Sukan SEA 2019 hanya kerana tiada dara. -Foto Detik.com
Shalfa mendakwa dirinya digugurkan dari kem latihan Sukan SEA 2019 hanya kerana tiada dara. -Foto Detik.com
A
A
A

JAKARTA – Seorang atlet gimnastik Indonesia yang didakwa tiada dara oleh jurulatihnya disingkirkan dari kem latihan bagi menghadapi pertandingan Sukan SEA 2019 di Filipina.

Peguam Imam Muklas yang mewakili keluarga Shalfa Avrila Siani berkata, jurulatih atlet tersebut menghubungi keluarganya melalui telefon memaklumkan mengenai perkara tersebut pada 13 November lalu.

"Jurulatih tersebut yang bernama Irma telah menelefon ibu bapa Shalfa untuk mengambil anaknya itu di Gresik dengan alasan dia tidak dapat bertanding sebab bukan lagi seorang dara, menyebabkan ibu bapanya terkejut dengan berita tersebut,” katanya yang memetik CNN Indonesia.

Pihak keluarga kemudiannya memutuskan untuk membuat pemeriksaan kesihatan di Hospital Bhayangkara bagi mengetahui status dara sebenar Shalfa dan mendapati selaput dara atlet tersebut masih berada dalam keadaan baik, namun jurulatih terbabit menegaskan atlet tersebut perlu menjalani ujian kali kedua untuk pengesahan status daranya.

Keadaan itu menyebabkan keluarga Shalfa tampil mendapatkan penjelasan daripada pihak persatuan gimnastik dan terkilan selepas dimaklumkan tuduhan tersebut hanya dibuat daripada anggapan semata-mata.

Dalam pada itu, Setiausaha Pemuda dan Olahraga (Kemenpora) Indonesia, Gatot S Dewa Broto bagaimanapun menafikan perkara tersebut dan atlet berkenaan tidak disingkirkan daripada kem latihan tersebut secara paksaan,

"Kami menghubungi Puan Ita dari Persani (Persatuan Senam Indonesia). Maklumatnya adalah seperti berikut: Tidak ada pengusiran secara paksa oleh jurulatih Persani," katanya.

Sementara itu, Ketua Umum Persani, Ita Yualita memberitahu bahawa status dara bukanlah menjadi penghalang untuk atlet mewakili Indonesia memandangkan ada dalam kalangan mereka yang sudah berkahwin.

Artikel Berkaitan:

“Dia digugurkan bukanlah sebab status dia tidak mempunyai dara, namun shalfa gagal menunjukkan prestasi terbaik sehinggalah dia digugurkan daripada kem latihan untuk mewakili Indonesia ke Sukan SEA 2019.

“Saya berjanji akan menjalankan siasatan dan memberi hukuman kepada jurulatih tersebut seandainya pengguguran Shalfa daripada kem latihan skuad kebangsaan benar-benar berpunca daripada tuduhan yang dilemparkan terhadapnya,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!