Ahli PKR tandatangani memo diminta hadir mesyuarat MPP

PKR
PKR
A
A
A

SHAH ALAM - Kesemua ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang menandatangani memo berhubung penolakan pemecatan ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP), Zakaria Abdul Hamid baru-baru ini diminta hadir pada mesyuarat MPP akan datang bagi mempertahankan keputusan penolakan berkenaan.

Pengerusi Lembaga Disiplin PKR, Datuk Ahmad Kassim berkata, sebarang pindaan atau pun semakan berhubung pemecatan berkenaan perlu dibuat dalam mesyuarat MPP dan bukannya di luar mesyuarat.

"Saya merayu semua yang tandatangan memo tersebut untuk hadir mempertahankan pandangan tersebut dalam mesyuarat MPP akan datang. Untuk pinda atau semak semula keputusan perlu dibuat dalam mesyuarat MPP bukan di luar mesyuarat.

"Bagaimanapun, kita menerima baik memorandum yang dihantar dan ia (memorandum) akan diteliti dalam mesyuarat Lembaga Disiplin akan datang. Kita juga akan membuat syor pada MPP akan datang. Lagipun keputusan pemecatan itu adalah keputusan MPP, bukan keputusan Lembaga Disiplin atau Presiden," katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas berhubung memo bertajuk 'Pemecatan Zakaria Abdul Hamid Sebagai Ahli MPP Keadilan Adalah Tidak Sah' bertarikh semalam yang ditujukan kepada Lembaga Disiplin PKR.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!