Menteri Sabah pertahan diri dikritik warganet

Wilfred Madius Tangau
Wilfred Madius Tangau
A
A
A

KUALA LUMPUR - Gara-gara menerima duit bantuan musim monsun untuk pekebun kecil getah bernilai RM600, Timbalan Ketua Menteri Sabah, Wilfred Madius Tangau menjadi sasaran kritikan warganet setelah senarai penerima bantuan itu tersebar melalui media sosial.

Bagaimanapun, Wilfred yang juga Menteri Perdagangan dan Perindustrian Sabah mempertahankan diri dengan mengatakan tiada peraturan menjelaskan seorang menteri tidak berhak menerima bantuan terbabit.

Memetik laporan Free Malaysia Today (FMT), Wilfred mengakui memiliki kebun getah seluas 4.05 hektar di Tamparuli, Sabah.

"Saya memiliki kebun getah seluas 4.05 hektar di Tamparuli yang dijaga sepupu saya, Taimin Gindalan yang juga seorang ketua masyarakat pribumi,” katanya.

Terdahulu beberapa pihak termasuk warganet mempersoalkan bantuan musim monsun diterima Wilfred meskipun beliau tersenarai sebagai salah seorang penerima bantuan untuk pekebun kecil getah itu.

Mereka mendakwa Ahli Parlimen Tuaran itu tidak boleh menerima bantuan itu kerana beliau adalah seorang tokoh masyarakat di samping merupakan seorang yang berada.

Difahamkan bantuan itu sudah didepositkan ke dalam akaun bank isteri Wilfred untuk tempoh tiga bulan bermula November tahun lalu sehingga Januari tahun ini.

Sewaktu mengisytiharkan aset sebagai seorang wakil rakyat, Wilfred mendedahkan beliau berpendapatan RM71,932 sebulan di samping mempunyai harta bernilai RM6,170.

Artikel Berkaitan:

Di Sabah, mana-mana pekebun kecil yang memiliki tanah kebun seluas kurang enam hektar dan berdaftar dengan Lembaga Industri Getah Sabah (SRIB) layak menerima bantuan musim monsun bernilai RM600.

Wilfred berkata, SRIB cawangan Tuaran adalah pihak bertanggungjawab mendedahkan senarai itu susulan kegagalan agensi itu mengesan sebilangan pekebun kecil.

Penularan senarai nama penerima bantuan musim monsun akhirnya membantu lebih ramai pekebun kecil tampil menuntut bantuan diberikan kerajaan Sabah itu.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!