Pingat emas pertama melalui wushu

Atlet wushu negara Loh Choon How beraksi pada acara Taijiquan Lelaki Akhir sempena Sukan SEA Filipina di World Trade Center Manila hari ini. -Foto Bernama
Atlet wushu negara Loh Choon How beraksi pada acara Taijiquan Lelaki Akhir sempena Sukan SEA Filipina di World Trade Center Manila hari ini. -Foto Bernama
A
A
A

MANILA- Atlet wushu negara, Loh Choon How memperoleh pingat emas pertama buat kontinjen Malaysia dalam Sukan SEA ke-30.

Choon How menyumbang pingat emas itu dalam acara taijiquan lelaki yang berlangsung di World Trade Center di sini hari ini

Atlet berusia 26 tahun itu mengutip mata keseluruhan 9.68 untuk mengesah penerimaan pingat itu.

Pingat perak dimenangi atlet Brunei Heng Yu Hosea Wong yang mengumpul 9.59 mata manakala gangsa menjadi milik atlet tuan rumah, Parantac Daniel yang mengutip 9.56 mata. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!