Tribunal khas tangani kes gangguan seksual: TPM

Dr Wan Azizah melihat sebahagian peserta Khatan Perdana Parlimen Pandan dimandikan dengan semburan air dari anggota Bomba dan Penyelamat di Sekolah Kebangsaan Taman Bukit Teratai, Taman Bukit Teratai, Ampang Jaya hari ini. -Foto Bernama
Dr Wan Azizah melihat sebahagian peserta Khatan Perdana Parlimen Pandan dimandikan dengan semburan air dari anggota Bomba dan Penyelamat di Sekolah Kebangsaan Taman Bukit Teratai, Taman Bukit Teratai, Ampang Jaya hari ini. -Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Satu tribunal khas untuk mendengar dan menangani kes gangguan seksual akan ditubuhkan di negara ini.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, ia adalah antara perancangan Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dalam melakukan penambahbaikan terhadap sistem keadilan sedia ada bagi isu berkenaan.

"Ia akan termasuk dalam Akta Gangguan Seksual yang kini masih dalam peringkat perbincangan Kementerian bersama agensi, NGO dan AGC (Jabatan Peguam Negara), " katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Khatan Perdana Parlimen Pandan di sini hari ini.

Dr Wan Azizah yang juga Menteri KPKWM berkata, rang undang-undang (RUU) yang sepatutnya dibentang di Parlimen tahun ini dijangka dibentangkan tahun depan.

Ini kerana masih terdapat beberapa perkara yang perlu diputuskan dan dipersetujui bersama seperti remedi, beban pembuktian dan sebagainya.

Tegasnya semua perkara itu penting bagi memastikan kekangan perundangan sedia ada dapat diselesaikan dan RUU ini benar-benar dapat menangani isu ini serta memberi perlindungan kepada mangsa gangguan seksual.

"Mekanisme pengaduan juga perlu dipermudahkan agar lebih ramai mangsa tampil ke hadapan manakala elemen remedi dan penalti turut diberi perhatian.

"RUU ini masih merupakan keutamaan kementerian dan akan dibentang secepat mungkin, pastinya tahun hadapan," katanya. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!