Terima kasih ‘abam’ treler
HULU TERENGGANU – Banjir di Jalan Tasik Kenyir memberi pengalaman manis kepada beberapa penunggang motosikal apabila dibantu 'abang lori' yang baik hati.
Pemilik akaun Facebook, Noorhashim Mohamad berkongsi dua gambar beberapa penunggang bersama motosikal mereka diangkut menaiki sebuah treler untuk melalui jalan yang dinaiki air itu.
Gambar yang ditulis bersama kapsyen "Terima kasih abang treler" berkenaan tular dan ramai netizen memuji tindakan beberapa pemandu treler yang membantu penunggang motosikal.
Perkongsian lelaki itu meraih 500 tanda dan netizen gembira kerana pemandu itu sanggup menumpangkan penunggang yang terperangkap di laluan berkenaan.
“Beginilah abang-abang treler sanggup tolong orang bila susah tapi abang treler juga dululah yang dipersalahkan bila ditimpa musibah dan bukan senang nak angkat motosikal itu naik di atas lori. Tinggi tu,” tulis Ahmad Asyraf di Facebook.
Nabilla Huda pula memberitahu,”MasyaALLAH, jarang-jarang nak jumpa orang yang memudahkan urusan orang lain tapi dah jumpa itu memang tapau habis. Tahniah, tak perlu jadi avengers untuk bantu orang,”.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!