Jambatan gantung di Kampung Pagi akan dibaiki

Nazri (kanan) meninjau keadaan jambatan gantung di Kampung Pagi yang rosak akibat banjir.
Nazri (kanan) meninjau keadaan jambatan gantung di Kampung Pagi yang rosak akibat banjir.
A
A
A

KUANTAN - Kerajaan Pahang akan membaiki jambatan gantung berhampiran Sekolah Kebangsaan Kampung Pagi Ulu Tembeling yang rosak akibat banjir.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Tawar, Datuk Nazri Ngah berkata, walaupun jambatan gantung itu digunakan sebagai laluan alternatif namun ia tetap bermanfaat kepada penduduk setempat.

"Saya akan baiki jambatan ini kerana ia digunakan murid dan penduduk untuk ke masjid sebagai jalan pintas.

"Jambatan ini tidak akan dirobohkan biarpun jambatan baru siap dibina kerana ia adalah kehendak orang kampung. Sebagai kerajaan yang menitikberatkan keperluan rakyat, kita akan baiki," katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.

Semalam, beliau meninjau keadaan jambatan gantung itu bersama pegawai dari Unit Pembangunan Luar Bandar dan Pejabat Tanah dan Daerah Jerantut.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!