Banjir: Sebuah keluarga di Rompin diarah berpindah
KUANTAN - Sebuah keluarga di Kampung Janglau, Rompin menjadi mangsa pertama yang berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) di balai raya Kampung Janglau petang tadi.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang (JBPM), Nor Hisham Mohamad berkata, tiga ahli keluarga itu berpindah dengan bantuan bomba dan beberapa agensi berkaitan.
"Keluarga ini diarahkan berpindah selepas paras air naik secara mendadak. Kita akan terus membuat rondaan dan pemantauan bagi memastikan keselamatan penduduk kampung.
"Penduduk diminta membuat laporan sekiranya rumah mereka dilanda banjir dan perlu berpindah segera ke kawasan selamat," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!