Dr Mahathir tak terkejut Agong letak jawatan
KUALA TERENGGANU - Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak terkejut dengan peletakan jawatan oleh Yang di-Pertuan Agong ke-15, Sultan Muhammad V.
Beliau berkata, ia kerana banyak khabar angin yang telah didengar berhubung perkara itu sebelum ini.
"Banyak rumours (khabar angin) yang saya dengar, jadi tak berapa suprise (terkejut) sangat.
"Suprise juga, tapi tak berapa pasal banyak orang bercakap. Setengah orang tahu lebih daripada raja," katanya pada sidang media selepas merasmikan pejabat Bersatu Terengganu, di sini, hari ini.
Ditanya punca sebenar peletakan jawatan itu, katanya, beliau tidak boleh membuat sebarang kenyataan mengenainya.
"Saya tak boleh buat kenyataan sebab nanti tidak kena. Jadi, hal ini kita serahkan kepada Majlis Raja-Raja untuk membuat pilihan.
"Namun, kita berharap akan ada pengganti secepat mungkin," katanya.
[ARTIKEL BERKAITAN: Agong letak jawatan]
[ARTIKEL BERKAITAN: Agong pertama letak jawatan dalam sejarah]
[ARTIKEL BERKAITAN: Agong letak jawatan: Rakyat terkejut, tertanya-tanya]
Dalam perkembangan sama, Dr Mahathir berkata, kerajaan menerima keputusan itu kerana ia tidak bertentangan dengan perlembagaan negara.
"Hal ini tidak melibatkan pindaan undang-undang. Apa yang dilakukan adalah mengikut perlembagaan.
"Jadi, kerajaan tidak campurtangan dalam perkara ini. Kita terima sahaja sebarang keputusan dan siapa pengganti yang akan dipilih Majlis Raja-Raja.
"Dalam hal ini juga, rakyat tidak berhak menentukan siapa pengganti. Kita kena terima keputusan Majlis Raja-Raja," katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!