Kanak-kanak jual donat tepi jalan buat netizen sebak
INDONESIA – Seorang kanak-kanak menjual donut demi membantu keluarganya yang miskin menambah pendapatan mengundang kesedihan netizen.
Kisah yang berlaku di Indonesia itu dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter yang menggunakan akaun @Awzeepp yang memuat naik seorang kanak-kanak lelaki bersama adiknya menjual donut di tepi jalan, yang berlaku di Indonesia, baru-baru ini.
Lebih memilukan @Awzeepp melalui ciapannya memberitahu, kanak-kanak itu terpaksa mencari rezeki sambil menjaga adiknya yang masih kecil sementara ibunya pergi bekerja.
Menurutnya, ayah kanak-kanak ini sudah lama menghilang dan mereka disara oleh ibuyang hanya bekerja sebagai tukang cuci di rumah orang.
“Di sekitar kampus saya ada seorang kanak-kanak yang suka menjual donat di tepi jalan. Katanya dia telah ditinggalkan oleh ayahnya. Ibunya kerja di rumah orang sebagai tukang cuci. Mereka empat bersaudara dan di usia muda berhenti sekolah kerana menghadapi kesulitan wang.
“Tolong sangat dibantu buat mereka yang sering lewat daerah itu kalau nampak dia belilah donat mereka. Kadang nampak dia gembira sangat beli donat terus saya beri jajan buat mereka,” tulisnya.
Perkongsian @Awzeepp kini tular di media sosial yang meraih 54,000 ulang kicau, 40,600 tanda suka dan rata-rata netizen memuji wanita terbabit kerana mempromosi donut kanak-kanak itu.
“Bila lihat wajah kanak-kanak ini di sebalik kegembiraan mereka ada perkara tersirat yang mereka tanggung yang tidak mampu kita tidak dapat bantu. Jom korang, kita serbu beli donut adik ini dalam membantunya dapat duit buat keluarganya,” tulis Imand di Twitter.
Ali IHgham pula memberitahu,”Terima kasih kepada kamu kerana berkongsi kisah ini. Sedih bila tengok gambar mereka. Saya pasti kalau lalu did aerah ini saya akan beli donut daripada mereka,”.
TWITTER PLEASE DO YOUR MAGIC
— ra. (@awzeepp) November 28, 2019
(((akun ku kecil, but pasti mutualku disini baik2 buat sharing dan bisa bantu))) pic.twitter.com/CjpmOKuajZ
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!