[Video] ‘Ini bola jaring ke ragbi’

Video tersebut kini tular di media sosial yang meraih 310,900 yang menonton video itu.
Video tersebut kini tular di media sosial yang meraih 310,900 yang menonton video itu.
A
A
A

GOPENG - Video memaparkan gelagat dan telatah sekumpulan lelaki bermain bola jaring, iaitu sukan didominasi golongan wanita ternyata mencuit hati warga maya sehingga segelintirnya menyifatkannya seperti menonton ragbi.

Ini kerana video dikongsi Najwa melalui akaun Twitternya itu memperlihatkan aksi-aksi lebih bertenaga ditunjukkan pensyarah Kolej Matrikulasi Perak (KMPk) yang bertanding bola jaring dianjurkan institusi itu.

Lebih mencuit hati apabila tenaga pengajarnya bersemangat beraksi di padang sambil mengejar bola di tangan pasukan lawan sehingga menyebabkan tiang gol di hujung padang tumbang, selain masing-masing menunjukkan skil merebut bola di atas padang.

Video tersebut kini tular di media sosial yang meraih 310,900 tontonan dan rata-rata netizen terhibur dengan gelagat serta telatah ditunjukkan pensyarah-pensyarah tersebut.

Tidak kurang juga ada yang memberikan komen lucu selepas melihat ‘aksi hebat’ mereka bermain bola jaring.

Tangkapan layar video yang memaparkan pensyarah lelaki bermain bola jaring sehingga membuatkan warga maya terhibut dengan gelagat mereka.
Tangkapan layar video yang memaparkan pensyarah lelaki bermain bola jaring sehingga membuatkan warga maya terhibut dengan gelagat mereka.

“Bila bola jaring dimainkan oleh orang lelaki nampak dah tak lembut dah permainan ini. Ini dah bukan bola jaring, ini dah seperti ragbi,” tulis @Rasdin di Twitter.

MuhdF pula memberitahu, “Kelakar bila tengok orang lelaki main bola jaring. Terbahak-bahak saya gelak tengok aksi mereka main. Lawak dah tak kena bila bola jaring dimainkan oleh lelaki.”

Artikel Berkaitan:

Antara reaksi netizen terhibur dengan gelagat dan telatah yang ditunjukkan oleh pensyarah-pensyarah ini.
Antara reaksi netizen terhibur dengan gelagat dan telatah yang ditunjukkan oleh pensyarah-pensyarah ini.

Bila lelaki main netball, dah macam rugby weii. pic.twitter.com/S2jjFSMtUW

— Jo’s (@_Najooo_) November 30, 2019

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!