Hina Yang di-Pertuan Agong: Pas persoal mengapa wujud tindakan terpilih

narudin
narudin
A
A
A

SHAH ALAM - Pas mempersoalkan mengapa wujud tindakan terpilih terhadap individu yang menghina Yang di-Pertuan Agong dan Sultan.

Ketua Penerangan Pas, Nasrudin Hassan berkata, sejak 9 Mei lalu, ramai individu telah menghina secara keterlaluan dengan menggunakan kata-kata kesat, lucah dan fitnah di media sosial.

Beliau mendakwa, perkara sebaliknya berlaku apabila individu menghina Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Adun DAP di Sarawak ditahan.

"Sebelum ini, ramai individu termasuk blogger pro pemerintah juga telah melakukan tindakan yang sama. Mereka sewenang-wenangnya melakukan demikian seolah-olah kebal daripada tindakan undang-undang meskipun banyak laporan polis telah dibuat.

"Mengapa berlaku tindakan terpilih dan dibiarkan pihak yang menghina insititusi raja dan Yang di-Pertuan Agong. Adakah mereka dijaga oleh orang atasan?" soalnya dalam satu kenyataan, hari ini.

Semalam, pengguna Facebook bernama, Eric Liew telah menghamburkan kata-kata kesat terhadap bekas Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V.

Komentar biadap tersebut telah mengguris perasaan rakyat negara ini dan orang Islam secara khususnya.

Mengulas lanjut, Nasrudin turut mempersoalkan, adakah tindakan seumpamam itu makna sebenar kebebasan yang dilaungkan selama ini

Artikel Berkaitan:

"Sewajarnya tindakan biadap mereka boleh disabitkan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588).

"Selayaknya tiada kompromi terhadap pihak yang menghamburkan penghinaan, fitnah dan biadap terhadap Yang di-Pertuan Agong, institusi raja atau siapa sahaja di negara ini," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!