Selena Gomez dikecam gara-gara pijak buku
NEW DELHI - Nama Selena Gomez menjadi sebutan ramai pengguna Twitter di India baru-baru ini susulan gambar tular memaparkan selebriti terkenal berkenaan memijak buku dalam sebuah kempen iklan.
Bekas bintang Disney berusia 27 tahun itu dilaporkan bekerjasama dengan jenama sukan terkenal, Puma bagi mempromosi koleksi SG x PUMA AW19 Fall/ Winter 2019.
Dalam salah satu gambar iklan terbabit, penyanyi kecil molek itu dilihat memperagakan pakaian sukan sambil memijak beberapa buah buku.
Aksi penyanyi tersebut mengundang kemarahan netizen di India yang menganggap Gomez tidak hormat kepada buku yang merupakan sumber ilmu. - Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!