Konvoi belia Negeri Sembilan rapat hubungan dengan pemimpin

Kembara Anak Muda ketika tiba di Kampung Jambu Lapan.
Kembara Anak Muda ketika tiba di Kampung Jambu Lapan.
A
A
A

SEREMBAN - Seramai 266 orang belia Negeri Sembilan bersama Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun hari ini menyertai Kembara Anak Muda dengan menunggang motosikal.

Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Sembilan, Sabarudin Yeop Hamza berkata, konvoi motosikal ini melalui perjalanan sejauh 152 kilometer merupakan acara julung kali diadakan membabitkan Menteri Besar.

"Program ini bertujuan merapatkan hubungan antara pemimpin dan belia di negeri ini.

"Pendekatan baharu ini juga merupakan usaha menyantuni golongan muda," katanya ketika ditemui pemberita ketika majlis perlepasan konvoi dihadapan Wisma Negeri di sini.

Hadir sama menyertai konvoi, Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan, Asisten Komisioner, Che Zakaria Othman.

Pelepasan konvoi disempurnakan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan (Pengurusan) Masri Razali.

Sementara itu, Sabarudin berkata, dalam masa sama, ia adalah salah satu cara mendidik anak muda supaya menunggang motosikal dengan cara yang betul.

"Program ini mempunyai empat siri yang akan diteruskan pada masa hadapan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!