Misteri dunia K-pop, siapa mangsa seterusnya?

Seorang artis Korea, Goo Hara daripada kumpulan Kara ditemui mati dalam apartmennya akibat membunuh diri pada Isnin lalu.
Seorang artis Korea, Goo Hara daripada kumpulan Kara ditemui mati dalam apartmennya akibat membunuh diri pada Isnin lalu.
A
A
A

SENARIO muzik K-pop tidak jauh beza dengan Hollywood dan Bollywood. Ramai orang ingin terjun ke dalam dunia itu yang menjanjikan 1,000 kemewahan, kekayaan dan glamor.

Namun, benarkah ia begitu? Apakah semua artis, baik penyanyi atau pelakon boleh berjaya mencipta nama dalam sekelip mata?

Baru-baru ini, kita dikejutkan berita mengenai seorang artis Korea, Goo Hara daripada kumpulan Kara yang ditemui mati dalam apartmennya akibat membunuh diri pada Isnin lalu.

Sebelum ini, pada Mei lalu, dia pernah ditemui tidak sedarkan diri kerana dikatakan cuba membunuh diri.

Mengikut laporan, sejak tahun 2005, sekurang-kurangnya 30 artis Korea mati akibat membunuh diri manakala lebih 40 peratus artis di negara itu disahkan mengalami kemurungan.

Persaingan sengit, kerja tanpa berhenti, tertekan akibat dibuli sama ada melalui media sosial ataupun pihak syarikat adalah antara punca yang dikatakan artis-artis K-pop itu mengambil jalan singkat dengan menamatkan nyawanya sendiri.

Antara yang mati membunuh diri itu, ada yang cukup dikenali malah mengaut kekayaan jutaan ringgit sebulan. Senarai mangsa-mangsa yang mati itu juga terdiri daripada artis-artis yang berstatus separuh terkenal.

Tidak salah kalau ada individu yang berminat menceburi dalam bidang hiburan. Tetapi harus diingat ia tidak semestinya akan menjanjikan kejayaan.

Artikel Berkaitan:

Tuah bukan milik semua orang. Barangkali hanya segelintir orang yang bernasib baik untuk menggapai mimpi indah mereka.

Artis-artis Korea ini mengejar glamor dan kemewahan. Begitu juga bila bunuh diri, mereka memang nekad tanpa fikirkan nyawa yang maha bernilai.

Dunia K-pop adalah dunia penuh dengan gemerlapan, namun sinarnya adalah cahaya yang dimandikan kepalsuan. Siapakah mangsa seterusnya?

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!