Sedia beri diskaun permaidani untuk mangsa banjir

Salah seorang pekerja Naim mengemas karpet kecil yang perlu disimpan.
Salah seorang pekerja Naim mengemas karpet kecil yang perlu disimpan.
A
A
A

KOTA BHARU - Seorang pemilik kedai permaidani, Orange Carpet bersedia memberikan harga istimewa kepada pembeli yang mahu menghadiahkan karpet kepada mangsa banjir di negeri ini.

Nurul Naim Nordin, 32, yang berniaga permaidani sejak lapan tahun lalu berdepan tetap meneruskan perniagaan seperti biasa walaupun berdepan kenaikan paras air di kawasan Tunjong.

"Kita memberikan diskaun istimewa kerana inilah masanya untuk sama-sama melakukan kebajikan. Menolong mereka yang memerlukan," katanya.

Nurul Naim
Nurul Naim

Menurut Nurul Naim, dia bersedia menghadapi banjir dengan meletakkan permaidani di tempat lebih tinggi kerana jarak kedainya dengan sawah padi berhampiran hanya 0.3 meter.

"Ini merupakan cawangan kedua saya dan baru setahun di sini manakala satu lagi di Machang. Semua persiapan sudah dilakukan kerana air dijangka semakin tinggi," katanya.

Nurul Naim yang mempunyai lapan pekerja memberitahu operasi mengemas dan menaikkan karpet ke tempat lebih tinggi bermula sejak 9 pagi tadi selepas kawasan laluan utama jalan Tunjong - Kuala Krai itu mula dilimpahi air.

Artikel Berkaitan:

Nurul Naim juga memberitahu, permaidani yang berharga RM5,000 disimpan rapi sejak awal lagi bagi memastikannya tidak rosak.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!