DAP sokong Shafie tak benarkan Bersatu masuk Sabah

Datuk Stephen Wong Tien Fatt
Datuk Stephen Wong Tien Fatt
A
A
A

KOTA KINABALU - Pengerusi DAP Sabah Datuk Stephen Wong Tien Fatt hari ini berkata parti itu menyokong pendirian Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal agar Bersatu tidak melebarkan sayap ke negeri berkenaan.

Wong yang juga Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat negeri, berkata DAP Sabah gembira bekerjasama dengan kerajaan pimpinan Mohd Shafie untuk memastikan rakyat negeri itu menikmati kehidupan lebih baik.

“Di bawah pimpinan Mohd Shafie, kerajaan negeri Sabah yang baharu sedang berusaha mengembalikan negeri ke landasan yang betul,” katanya dalam kenyataan di sini.

Wong yang juga Ahli Parlimen Sandakan, berkata beliau yakin Sabah akan semakin maju di bawah kepimpinan Mohd Shafie yang berpandangan jauh dan mengamalkan kesederhanaan serta keterbukaan dalam memupuk perpaduan dan keharmonian antara kaum di negeri itu. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!