Murid nampak ular dalam laci meja

Ular tiung sepanjang 1 meter bersembunyi di dalam laci meja itu berjaya ditangkap anggota bomba.
Ular tiung sepanjang 1 meter bersembunyi di dalam laci meja itu berjaya ditangkap anggota bomba.
A
A
A

BATANG KALI - Seorang murid Tahun Satu terkejut apabila ternampak seekor ular di dalam laci meja di Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Kuantan dekat sini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu, Penolong Penguasa Kamil Hamadan berkata, kejadian berlaku pada hari persekolahan Kahmis lalu jam 11.53 pagi.

Menurutnya, lima anggota termasuk pegawai ke lokasi kejadian dan mendapati seekor ular jenis tiung berada di laci meja berkenaan.

"Murid terbabit memaklumkan kepada guru bahawa tempat duduknya basah dan diarahkan berpindah ke tempat duduk lain yang kering.

"Sewaktu berada di tempat duduk baharu, murid itu ternampak seekor ular berada di laci meja.

"Guru berkenaan mengarahkan semua murid keluar kelas dan terus menghubungi pihak bomba," katanya.

Kamil berkata, pihaknya tiba di lokasi kejadian kira-kira 20 minit kemudian memandangkan jarak sekolah tersebut sejauh 25 kilometer dari Kuala Kubu Bharu.

Menurutnya, anggota berjaya menangkap ular tiung itu menggunakan penjerut sebelum dilepaskan ke habitat asal yang selamat.

Artikel Berkaitan:

"Tiada mangsa tercedera dan keadaan dalam bilik darjah selamat selepas pemeriksaan dilakukan," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!