Malaysia sukar jadi negara maju kerana...

Dr Mahathir Mohamad - Foto 123RF
Dr Mahathir Mohamad - Foto 123RF
A
A
A

PUTRAJAYA - Kerajaan mengakui kepelbagaian kaum di Malaysia antara punca negara ini tidak mencapai status negara maju.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, perbezaan pencapaian antara kaum adalah situasi tidak sihat bagi sesebuah negara kerana pencapaian itu tidak sama.

"Ada satu kaum maju ke hadapan dan satu kaum yang lain ketinggalan di belakang. Terpisahnya kaum-kaum ini kerana kemajuan mereka," katanya pada Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri di pekarangan Perdana Putra hari ini.

Hadir sama, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P Waytha Moorthy; Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh dan Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Ismail Bakar.

Dr Mahathir berkata, negara berhadapan masalah jika wujud perpisahan antara golongan miskin dan kaya dan situasi itu tidak hanya berlaku di Malaysia.

Menurutnya, revolusi boleh tercetus apabila pendapatan antara golongan miskin dan kaya begitu ketara.

"Maka berlakulah revolusi supaya pihak miskin ini dapat mengambil alih negara agar dapat menolong diri mereka.

"Inilah yang kita lihat berlaku dalam sejarah dan Malaysia bernasib baik kerana tidak berlaku revolusi," katanya.

Artikel Berkaitan:

Selain itu katanya, jurang pendapatan juga boleh menimbulkan perasaan iri hati golongan miskin.

"Lama-kelamaan mungkin mereka akan mengambil tindakan yang tidak mengikut undang-undang negara," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!