Cikgu cantik bersama Nurish Organiq 24K Gold

Ann Karim berkongsi tip solekan minimalis bersama salah seorang guru yang merupakan peserta bengkel kecantikan Revel Your Beauty Nurish Organic x Cikguku Cantik GPS Bestari di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Ann Karim berkongsi tip solekan minimalis bersama salah seorang guru yang merupakan peserta bengkel kecantikan Revel Your Beauty Nurish Organic x Cikguku Cantik GPS Bestari di Kuala Lumpur baru-baru ini.
A
A
A

WANITA dengan kecantikan memang tidak dapat dipisahkan. Ya, tiada siapa yang mahu kelihatan 'layu' dengan rupa 'tidak siap' apabila berpapasan dengan sesiapa pun.

Namun, cantik sahaja tidak mencukupi jika kulit tidak bermaya. Justeru, penjagaan kulit begitu signifikan bagi setiap orang. Gabungan kulit yang sihat dan cantik akan menerbitkan aura tersendiri untuk tampil di khalayak dengan lebih yakin.

Kepada mereka yang tercari-cari produk penjagaan kulit yang selamat dan bebas bahan berbahaya, Nurish Organiq 24K Gold antara pilihan ideal.

Ujar Pengurus Besar Kanan EIG Pharma Asia Sdn Bhd, Corina Lee, rangkaian produk Nurish Organiq 24K Gold sesuai diaplikasikan dengan semua jenis kulit termasuk kulit sensitif. Pada masa sama, ia disahkan halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan boleh digunakan tanpa was-was.

CORINA (kiri) menyampaikan cenderahati kepada Ann Karim (tengah) dan Cikgu Fadhilah pada bengkel kecantikan Revel Your Beauty Nurish Organic x Cikguku Cantik GPS Bestari di Kuala Lumpur baru-baru ini.
CORINA (kiri) menyampaikan cenderahati kepada Ann Karim (tengah) dan Cikgu Fadhilah pada bengkel kecantikan Revel Your Beauty Nurish Organic x Cikguku Cantik GPS Bestari di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Menurutnya, produk berkenaan menggunakan 100 peratus bahan ekstrak semula jadi dengan teknologi antipenuaan yang memberi lima kali kesan keanjalan kulit, selain bebas daripada tujuh bahan berbahaya.

"Rangkaian produk Nurish Organiq 24K Gold dirumus dengan emas 24K, aqua collagen dan buah delima organik, selain hexapeptida yang berfungsi melambatkan penuaan kulit dan mengandungi multivitamin B, C dan E untuk mengurangkan bintik-bintik hitam serta pigmentasi.

"Hasilnya, kulit wajah menjadi anjal, lembap dan saiz saiz pori lebih kecil," katanya yang turut menjelaskan produk tersebut diuji secara dermatologi.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata demikian pada Bengkel Kecantikan Reveal Your Beauty Nurish Organic x Cikguku Cantik GPS Bestari yang berlangsung di Positano Risto, Publika, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Tambah beliau, Nurish Organiq 24K Gold didatangkan dalam set lengkap bagi memudahkan proses membersih, menyegar, memelihara dan melembapkan kulit wajah.

Menariknya, ia bebas pewarna tiruan, minyak mineral, SD-alkohol, lanolin, sulfat, paraben dan bahan komedogenik bagi memastikan kesihatan kulit wajah yang berpanjangan.

Produk yang mula dipasarkan sejak tahun 2018 itu merangkumi:

- Pembersih wajah susu

- Pembersih wajah

- Penyegar wajah

- Serum mata

- Esen wajah

- Krim pelembap siang SPF25

- Krim pelembap malam

- Krim CC SPF39 Nurish Organiq 24K Gold.

Solekan ringkas, menawan

Pada Bengkel kecantikan Revel Your Beauty Nurish Organic x Cikguku Cantik GPS Bestari, selain taklimat bermanfaat mengenai rejim kecantikan wajah, 20 peserta yang merupakan guru dari pelbagai sekolah turut diberi pendedahan mengenai solekan ideal.

Jurumekap, Noor Hazyanty Abd Karim berkongsi tip solekan minimalis. Teknik tata rias berkenaan mudah dipraktikkan baik warga pendidik mahupun wanita bekerjaya yang selesa tampil ringkas ke pejabat dengan wajah segar dan cantik.

Jelas Noor Hazyanty atau lebih dikenali sebagai Ann Karim, sebelum mengoles alat solek pastikan wajah dibersihkan dan dilapisi dengan rangkaian produk Nurish Organiq 24K Gold.

"Peringkat permulaan, sapukan esen wajah dan krim pelembap siang SPF25 Nurish Organiq 24K Gold sebelum mengaplikasi krim CC SPF39 Nurish Organiq 24K Gold. Langkah ini membuatkan solekan lebih mudah untuk serap dan tahan lebih lama.

"Sementara itu, krim CC SPF39 Nurish Organiq 24K Gold pula bertindak melindungi kulit daripada sinaran ultra violet (UV), apatah lagi teksturnya ringan dan tidak berminyak," jelas beliau yang menggunakan item solekan daripada Physicians Formula.

WAJAH Cikgu Fadhilah tampak segar selepas mengaplikasi rangkaian produk Nurish Organiq 24K Gold dan disolek oleh Ann Karim.
WAJAH Cikgu Fadhilah tampak segar selepas mengaplikasi rangkaian produk Nurish Organiq 24K Gold dan disolek oleh Ann Karim.

Tambah beliau, bagi wanita yang kali pertama memakai celak mereka dinasihatkan praktis dahulu. Jika bimbang tampak comot, tarik bahagian hujung kelopak mata dan aliskan celak secara perlahan-lahan.

"Sementara itu, wanita yang keningnya tidak begitu menyerlah, lukis dahulu kening. Kemudian, 'isikan' warna dalam bentuk kening yang dilukis tadi," katanya sambil menata rias Cikgu Fadhilah Hanapiah dari Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Andalas, Klang, Selangor.

Bagaimana pula untuk menanggalkan mekap dengan mudah?

Kata Ann: "Gunakan pembersih wajah susu Nurish Organiq 24K Gold yang menanggalkan mekap dengan mudah. Selepas itu, barulah gunakan pencuci muka."

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!