Abu Chin Peng: Tujuh saksi dirakam percakapan

Razarudin
Razarudin
A
A
A

LUMUT - Polis merakam percakapan tujuh individu yang dipercayai terlibat menguruskan abu mayat bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng ke negara ini pada Jumaat dan Sabtu lepas.

Ketua Polis Perak, Datuk Razarudin Husain berkata, polis telah menjalankan siasatan termasuk melawat lokasi abu tersebut ditaburkan.

“Lokasi dalam siasatan oleh pegawai dari Ibu Pejabat Polis Bukit Aman telah pun dilawati. Tempat-tempat ini ditunjuk oleh saksi di mana abu mayat itu ditaburkan,” katanya selepas Majlis Penyerahan Kenderaan Pasukan Pacuan Empat Roda (4x4) Toyota Hilux dan Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah Manjung di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung di sini hari ini.

Menurutnya, siasatan dijalankan dari segala aspek termasuk pihak yang terlibat mengurus dan menerima masuk abu mayat serta taburan abu itu termasuk di kaki Banjaran Titiwangsa.

Razarudin mencuba kenderaan Toyota Hilux yang baharu diterima oleh IPK untuk kegunaan 16 balai sekitar Perak.
Razarudin mencuba kenderaan Toyota Hilux yang baharu diterima oleh IPK untuk kegunaan 16 balai sekitar Perak.

Terdahulu, Razarudin berkata, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak menerima 16 Toyota Hilux bagi menggantikan Perodua Kancil untuk kegunaan Ketua Polis Balai.

“Penggantian kenderaan itu melibatkan sembilan daerah merangkumi 16 balai dan dilakukan secara berperingkat.

“Penggunaan kenderaan yang bertujuan untuk rondaan cegah jenayah ini tidak terhad di kawasan bandar malah sesuai di kawasan ‘off road’,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Asisten Komisioner Nor Omar Sappi secara rasmi menggalas tugas sebagai Ketua Polis Daerah Manjung berkuat kuasa hari ini.

Nor Omar, 44, yang sebelum ini bertugas sebagai Ketua Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Selangor menggantikan Asisten Komisioner Muhamad Hanif Othman yang ditukarkan ke Kontinjen Pahang.

Razarudin (tengah) menyaksikan majlis serah terima tugas Ketua Polis Daerah Manjung antara Muhammad Hanif (kiri) kepada Nor Omar (kanan) hari ini.
Razarudin (tengah) menyaksikan majlis serah terima tugas Ketua Polis Daerah Manjung antara Muhammad Hanif (kiri) kepada Nor Omar (kanan) hari ini.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!