Mangsa banjir di Kelantan melebihi 8,000 orang

Lori penduduk yang rosak akibat terkandas di tengah-tengah air banjir di Kampung Kedai Lama Rantau Panjang sebelum dibantu Pasukan Bomba dan Penyelamat yang datang menunda lori terbabit.
Lori penduduk yang rosak akibat terkandas di tengah-tengah air banjir di Kampung Kedai Lama Rantau Panjang sebelum dibantu Pasukan Bomba dan Penyelamat yang datang menunda lori terbabit.
A
A
A

KOTA BHARU - Setakat jam 2 petang jumlah mangsa banjir yang dipindahkan di Kelantan terus meningkat kepada 8,089 orang berbanding 7,484 orang pada jam 1.30 petang tadi.

Berdasarkan aplikasi Jabatan Kebajikan Masyarakat sehingga jam 2 petang ini, sebanyak 2,712 keluarga ditempatkan 76 pusat pemindahan sementara (PSS).

Ia melibatkan 2,259 (lelaki dewasa), 2,477 (perempuan dewasa) dan 2,477 orang kanak-kanak lelaki serta perempuan pula bertambah kepada 1,491 mangsa.

Anggota bomba bertungkus lumus memindahkan penduduk yang berada di kawasan ditenggelami banjir di sekitar Rantau Panjang.
Anggota bomba bertungkus lumus memindahkan penduduk yang berada di kawasan ditenggelami banjir di sekitar Rantau Panjang.

Selain itu juga, seramai 252 bayi dan 414 warga emas selain 67 orang kurang upaya (OKU) juga dipindahkan ke PPS di kawasan terlibat.

Jajahan Pasir Mas terus mencatatkan pertambahan jumlah yang dipindahkan dan setakat ini seramai 4,361 orang melibatkan 1,706 keluarga berada di 24 PPS.

Di Kuala Krai juga turut menunjukkan trend meningkat dengan 1,017 mangsa terdiri daripada 241 keluarga berada di 18 PPS berbanding sebanyak 384 pagi tadi.

Di Kota Bharu seramai 730 orang melibatkan 211 keluarga ditempatkan di lima PPS manakala di Tanah Merah pula, 426 mangsa terdiri daripada 125 keluarga berada di sembilan PPS.

Artikel Berkaitan:

Penduduk yang ditempatkan di PPS di di jajahan Pasir Mas menikmati makanan.
Penduduk yang ditempatkan di PPS di di jajahan Pasir Mas menikmati makanan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!