KFC di City Park Seremban 2 terbakar

No Image Caption
A
A
A

SEREMBAN - Sebuah restoran makanan segera, KFC di City Park Seremban 2 terbakar kira-kira jam 10.45 pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Seremban 2, Mohammad Asree Abd Hamid berkata, kejadian dipercayai berlaku di bahagian setor penyimpan barang.

Katanya, kejadian disedari oleh salah seorang kakitangan restoran berkenaan semasa mahu mengambil barang.

No Image Caption

"Kita menerima panggilan kecemasan pada jam 10.50 pagi dan sampai ke lokasi 2 minit kemudian.

"Sebaik sahaja sampai kita dapati api di bahagian setor menyimpan barang sedang marak, dan berusaha untuk memadamkan kebakaran.

"Bagaimanapun, api yang marak itu telah memusnahkan hampir 100 peratus keseluruhan setor tersebut," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian tadi.

Anggota bomba sedang melakukan pemeriksaan selepas kejadian.
Anggota bomba sedang melakukan pemeriksaan selepas kejadian.

Artikel Berkaitan:

Tambahnya, sebanyak 20 anggota termasuk pegawai dan dua jentera dikejarkan ke lokasi untuk memadamkan kebakaran.

Katanya, pihaknya mengambil masa lima minit untuk mengawal kebakaran dan kerja-kerja pemadaman termasuk pemeriksaan, dilakukan selama setengah jam.

Bagaimanapun tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan kerana semua pengunjung berjaya dibawa keluar dengan selamat.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!