14 pembalak terperangkap berjaya diselamatkan
TANAH MERAH - Seramai 14 pembalak di kawasan Hutan Simpan Sokor, Peralla di Tanah Merah berdepan situasi cemas apabila terperangkap sejak dua hari lalu akibat hujan lebat yang berterusan di kawasan tersebut.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tanah Merah, Mohd Rafain Mat Zain berkata, pihaknya telah menerima maklumat mengenai kes tersebut pada jam 5 petang semalam.
Bagaimanapun, operasi ditangguhkan atas nasihat polis sebaik sahaja mereka tiba di lokasi berkenaan kerana keadaan berbahaya dan arus deras.
"Operasi bermula pada jam 10 pagi tadi (semalam) dan tamat sepenuhnya jam 12.40 tengah hari. Kita bimbang mangsa kelaparan akibat cuaca sejuk," katanya.
Beliau berkata, kesemua mangsa berjaya diselamatkan dan misi tersebut melibatkan polis, bomba serta Smart Team.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!