Kanak-kanak 6 tahun dikhuatiri lemas

Pasukan bomba menjalankan operasi mencari dan menyelamat kanak-kanak berusia enam tahun yang dikuatiri lemas pagi tadi. - Foto ihsan Bomba Lipis
Pasukan bomba menjalankan operasi mencari dan menyelamat kanak-kanak berusia enam tahun yang dikuatiri lemas pagi tadi. - Foto ihsan Bomba Lipis
A
A
A

KUANTAN - Seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun dikhuatiri lemas di Sungai Lipis di Kampung Penjom, pagi tadi.

Ketua Zon 3, Balai Bomba Penyelamat Daerah Lipis, Penguasa Bomba Shahrulnizam Nasir berkata, mangsa, Nur Dhiya Aqilah Khairul Adli disyaki terjatuh dan dihanyutkan arus deras selepas dipercayai bermain di kawasan itu.

"Operasi mencari dan menyelamat sedang dilakukan menggunakan teknik permukaan air.

"Paras air sungai juga tinggi dan deras menyebabkan kesukaran untuk mencari mangsa," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, seramai 15 pegawai dan anggota bomba terlibat dalam operasi itu, selain bantuan daripada Polis Diraja Malaysia,

Angkatan Pertahanan Awam dan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Selain itu katanya, pihaknya turut memohon bantuan Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dari Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Angin dalam misi menyelamat berkenaan.

"Saya difahamkan kedua-dua jabatan ini sedang dalam perjalanan menuju ke lokasi kejadian," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!