Tangani segera 'daulah terpendam' dalam kerajaan

tatoo2
tatoo2
A
A
A

ANGKATAN Wanita Amanah Negara (AWAN) Nasional menyokong penuh pendirian Kementerian Pelancongan, Seni Dan Budaya melalui kenyataan medianya bertarikh 2 Disember 2019 yang ingin mengambil tindakan tegas ke atas pihak penganjur Tattoo Malaysia Expo 2019, susulan peragaan separuh bogel diadakan pada acara tersebut.

Pendirian AWAN Nasional adalah jelas di mana kita menolak sekeras-kerasnya sebarang bentuk program yang menampilkan elemen-elemen lucah dan tidak berakhlak seperti itu kerana jelas ia bercanggah dengan Agama Islam sebagai Agama Persekutuan bahkan berlawanan dengan tatasusila dan budaya rakyat Malaysia yang menjunjung tinggi nilai-nilai kesopanan masyarakat Timur.

Dalam era ledakan teknologi kini, kebimbangan utama di pihak AWAN Nasional adalah kemungkinan unsur-unsur negatif sebegini akan menular ke seluruh negara, terutama di kalangan kanak-kanak yang masih belum mampu membezakan baik buruk sesuatu perkara.

AWAN Nasional juga menggesa pihak Kementerian untuk tidak teragak-agak menggunakan saluran undang-undang terhadap penganjur Tattoo Malaysia Expo 2019 setelah hasil siasatan berjaya membuktikan wujudnya unsur ketidakpatuhan pada syarat yang telah ditetapkan. Perkara ini mustahak untuk dijadikan pengajaran sekiranya terdapat juga pihak lain yang berniat menganjurkan program-program seumpama ini pada masa hadapan.

AWAN Nasional turut menggesa Pihak Polis untuk menjalankan siasatan menyeluruh bagi mengenalpasti dalang di sebalik penganjuran Tattoo Malaysia Expo 2019 ini yang secara jelas ada unsur sabotaj kepada nama baik pihak Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya.

Sangat mustahil pihak Kementerian boleh membenarkan Program yang menyalahi seni dan budaya Malaysia itu sendiri.

Akhir sekali, AWAN Nasional juga ingin menyeru kepada semua Kementerian supaya lebih bersifat pro aktif dan agresif kepada sebarang cubaan mencemarkan nama baik kementerian juga Kerajaan Pakatan Harapan.

Awan Nasional berpandangan sudah sampai masanya untuk pihak Kerajaan menangani secara serius masalah ‘daulah terpendam’ (deep state) ini dengan mengambil tindakan undang-undang kepada mana-mana agensi yang bukan sahaja secara jelas tidak membawa visi dan misi Kerajaan PH, bahkan mengamalkan pula budaya yang berlawanan dengan prinsip dan dasar pentadbiran Pakatan Harapan.

KepimpinanWanitaUntukSemua

SENATOR AIMAN ATHIRAH AL JUNDI

Artikel Berkaitan:

Ketua Angkatan Wanita Amanah Negara (AWAN) Nasional

Parti Amanah Negara (Amanah)

Kuala Lumpur |

2 Disember 2019

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!