Wanita mengandung cemas rumah dinaiki air
PASIR PUTEH - Seorang wanita yang sarat mengandung anak sulung berdepan detik cemas selepas rumahnya di Kampung Jelor, dekat sini dinaiki air.
Bagaimanapun, Wan Nuruleezaty Wan Mohd Nor, 25, yang mengandung 31 minggu itu menarik nafas lega apabila diselamatkan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh.
Ketua operasi, Pegawai Bomba Kanan II Mohd Khairi Ab Latif berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 11.25 pagi.
"Sejurus menerima panggilan itu saya bersama dua anggota wanita ke lokasi untuk kerja-kerja membantu dan menyelamat.
"Kami tiba di lokasi pada jam 11.38 pagi dan kemudian meneruskan operasi," katanya.
Menurutnya, anggota bomba terpaksa menggunakan bot untuk membawa mangsa keluar.
"Mangsa terus dihantar ke Hospital Tengku Anis untuk rawatan lanjut bersama ahli keluarganya," katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!