Henti kongsi video limpahan air empangan

Tangkap layar daripada video yang ditularkan mengenai Empangan Kenyir.
Tangkap layar daripada video yang ditularkan mengenai Empangan Kenyir.
A
A
A

SHAH ALAM - Tenaga Nasional Berhad (TNB) meminta orang ramai tidak berkongsi video limpahan air empangan yang ditularkan pihak tidak bertanggungjawab di media sosial dengan hantaran pelepasan air kononnya dari Empangan Kenyir, Terengganu.

TNB dalam satu kenyataan hari ini menjelaskan rakaman video itu bukanlah di Empangan Kenyir sebaliknya dari Empangan Tembat berdekatan yang memiliki kawasan tadahan berkeluasan hanya 0.05 peratus dari Empangan Kenyir.

"Air yang dilepaskan adalah pelepasan semula jadi (natural spillage) yang disalurkan ke Tasik Kenyir dan tidak perlu dibimbangi.

"TNB telah membuat persiapan awal menghadapi musim tengkujuh seperti menurunkan paras air empangan serta melaksanakan kerja-kerja senggaraan," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Polis beri amaran jangan tularkan berita banjir yang tidak benar

Video berdurasi 12 saat itu yang menyatakan pintu pelepasan air di Empangan Kenyir terpaksa dibuka hingga mengakibatkan berlakunya banjir besar.

Susulan itu juga, Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd Adli Mat Daud turut meminta orang ramai tidak menular berita palsu mengenai pelepasan air Empangan Kenyir dan memaklumkan paras empangan berkenaan berada di paras normal iaitu 140 meter serta tidak berlaku pelepasan air seperti yang ditularkan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!