Hargai jasa veteran tentera

Rosyam bersama ahli Persatuan Veteran ATM di kuala Lumpur semalam.
Rosyam bersama ahli Persatuan Veteran ATM di kuala Lumpur semalam.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Keamanan dan kemakmuran negara yang dinikmati rakyat ketika ini adalah jasa para perajurit khususnya veteran tentera yang menabur jasa dan bakti demi negara dicintai.

Pelakon, pengarah dan penerbit popular, Datuk Rosyam Nor sehubungan itu berkata, masyarakat seharusnya menghargai jasa veteran tentera itu dengan memberi sumbangan kepada Tabung Pahlawan bagi mengumpul dana untuk membantu kebajikan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta ahli keluarga mereka.

“Saya berharap kempen Tabung Pahlawan ini berjalan lancar di seluruh negara.

"Saya juga menghargai pengorbanan veteran tentera yang selama ini menjaga keselamatan negara sehingga kita mampu hidup dalam keadaan aman damai,” katanya kepada Sinar Harian sempena program sumbangan kutipan Tabung Pahlawan di sini semalam.

Rosyam berkata, bekas perajurit ini juga memerlukan bantuan daripada masyarakat Malaysia.

“Saya berharap rakyat Malaysia dapat membantu seikhlas hati dalam menjayakan kempen Tabung Pahlawan ini,” katanya.

Kempen Tabung Pahlawan dilakukan sendiri oleh veteran ATM.

Objektif kempen Tabung Pahlawan adalah memberi kesedaran kepada rakyat dan masyarakat di atas pengorbanan dan jasa bakti para pahlawan tanah air yang menjaga keselamatan dan kedaulatan negara.

Artikel Berkaitan:

Selain itu, kempen tersebut dapat memupuk semangat patriotik dan cintakan negara terutama dalam kalangan remaja dan belia supaya menghayati perjuangan dan pengorbanan para pahlawan tanah air.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!