Siti Nurhaliza promosi periuk di Go Shop, peminat berebut beli

- Foto Instagram Datuk Seri Siti & Facebook Khairul Hakimin
- Foto Instagram Datuk Seri Siti & Facebook Khairul Hakimin
A
A
A

KEMUNCULAN Datuk Seri Siti Nurhaliza di platform niaga digital, GoShop, pada Ahad mempromosikan set istimewa periuk Vantage ternyata telah mencuri perhatian ramai peminat dan pengikut setianya di platform tersebut.

Difahamkan penyanyi tersohor itu berjaya menjual 22,000 unit produk tersebut yang setiap satunya berharga RM369 dalam masa lebih dua jam bersiaran. Ini bermakna Siti turut membuat rekod perolehan keseluruhan sebanyak lebih RM8juta.

Info menarik ini dikongsi penulis berpengaruh media sosial, Khairul Hakimin Muhammad menerusi laman Facebook miliknya semalam.

Meninjau di ruangan komen Instagram Siti, rata-rata peminatnya teruja melihat penampilannya di platform tersebut dan turut membeli kerana ia dipromosikan oleh Siti. Hebatnya penangan Siti.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!