Papa tahu papa jahat, tapi… : Tauke

Tauke Jambu
Tauke Jambu
A
A
A

MASIH lagi tentang kisah rumah tangga pelawak Tauke Jambu yang kini sedang hangat diperkatakan, apalah lagi selepas isterinya, Nadia Mohd Affandi membuat pengakuan mereka sudah berpisah.

Menurut Nadia, lafaz cerai tersebut dilakukan Tauke menerusi rakaman suara di aplikasi Whatsapp ketika dia berada di kampung.

Bagaimanapun, Tauke menerusi kenyataannya di sebuah akhbar menafikan perkara tersebut, malah mengesahkan mereka masih suami isteri yang sah.

No Image Caption

“Kami masih lagi suami isteri. Cerita kami sudah bercerai menerusi Whatsapp itu tidak betul,” tegasnya.

Menurut Tauke kenyataan isterinya itu mungkin dibuat ketika sedang marah dan menganggap ada pihak yang menghasutnya untuk bertindak sedemikian.

Pelawak yang kini sedang bersaing dalam program Maharaja Lawak Mega ini bagaimanapun menegaskan akan cuba menyelamatkan rumah tangganya dan isteri semampu yang boleh.

No Image Caption

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, Tauke menerusi laman Instagramnya hari ini telah memuat naik satu videonya bersama anak mereka.

“Papa tahu papa jahat, tapi papa takkan sanggup tinggalkan kau tau,” ucapnya.

Tauke dan Nadia mendirikan rumah tangga pada 9 Disember 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Zamatul Khayla Aydina yang dilahirkan pada 26 Oktober tahun lalu.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!