Cikgu ditahan menagih pil kuda

Guru yang (kanan) ditahan kerana menagih pil kuda sejak setahun lalu. -Foto: AADK Besut
Guru yang (kanan) ditahan kerana menagih pil kuda sejak setahun lalu. -Foto: AADK Besut
A
A
A

BESUT - Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Besut menahan seorang guru kerana menagih pil kuda dalam Operasi Cegah yang dijalankan bermula jam 9 pagi hingga 12 tengah hari tadi di sekitar Kuala Besut di sini.

Guru lelaki berusia 35 tahun yang mengajar subjek Bahasa Malaysia dan Muzik di salah sebuah sekolah rendah daerah ini ditangkap pada jam 10 pagi ketika sedang tidur seorang diri di rumahnya.

Ketua Pegawai AADK Besut, Nor Hafizza Mat Zin berkata, hasil soal siasat, guru tersebut mengaku mula mengambil pil kuda sejak setahun lalu kerana pengaruh rakan dan tekanan perasaan.

Menurutnya, sejak terjebak dalam penyalahgunaan dadah, prestasi kerja cikgu yang sudah berkahwin dan mempunyai lima anak itu mula merudum dan dia akhirnya dikenakan tindakan dengan sudah tujuh bulan digantung gaji.

“Dia yang sudah menjadi guru selama 10 tahun juga mengaku sudah enam bulan tidak sebumbung dengan keluarganya kerana isteri pulang ke kampung dan tinggal bersama ibu bapanya,” katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Nor Hafizza berkata, selain guru berkenaan, AADK Besut turut menahan seorang remaja lelaki berusia 20 tahun pada ja 9.30 pagi tadi di Kuala Besut kerana menagih pil kuda dan eramin 5.

Penahanan remaja itu katanya susulan maklumat daripada orang awam dan hasil siasatan, dia mengaku mula terjebak dalam najis dadah sejak dua bulan lalu.

“Dia juga mengaku mengambil dadah tiga kali seminggu. Selain itu, dia dikatakan turut bertindak agresif dengan memukul ibunya sekiranya tidak diberikan wang dan mengajak bapanya bertumbuk setiap kali ditegur,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Hasil saringan air kencing mendapati dua lelaki itu positif dadah jenis methamphetamine dan kes disiasat di bawah Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah (Rawatan & Pemulihan) 1983, Pindaan 1998.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!