Tujuh fakta prosiding pemilihan Yang di-Pertuan Agong

Suasana di perkarangan Istana Negara sewaktu tinjauan Mesyuarat Majlis Raja-Raja selepas peletakan jawatan Yang di-Pertuan Agong, hari ini. - Foto Bernama
Suasana di perkarangan Istana Negara sewaktu tinjauan Mesyuarat Majlis Raja-Raja selepas peletakan jawatan Yang di-Pertuan Agong, hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

SHAH ALAM - Selepas Sultan Muhammad V melepaskan jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong, Majlis Raja-Raja perlu memutuskan tarikh mesyuarat untuk pemilihan pengganti.

Pada kebiasaannya, Raja yang paling kanan dari segi lama tempoh memerintah akan dipilih.

Peraturan ini tidak lagi digunapakai selepas semua Raja dari negeri-negeri telah dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agong.

Pusingan ini berakhir selepas Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak dilantik sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong IX.

Selepas itu satu senarai baru yang dikenali sebagai senarai yang disusun semula dan digunapakai sekarang adalah berpandukan kepada kekananan negeri yang Rajanya telah dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agong (Yang di-Pertuan Agong pertama hingga ke sembilan).

Berikut merupakan tujuh fakta prosiding pemilihan Yang di-Pertuan Agong:

1. Apabila Majlis Raja-Raja bersidang untuk memilih Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong, Yang Dipertua-Yang Dipertua Negeri tidak hadir walaupun mereka ahli Majlis.

2. Pemilihan dibuat secara undi sulit.

Artikel Berkaitan:

3. Keratan undi dimusnahkan di hadapan Raja-Raja sebaik sahaja keputusan undian diumumkan.

4. Kertas undi yang digunakan tidak bernombor dan ditandakan dengan pen dan dakwat yang sama dimasukkan dalam peti undi.

5. Raja yang paling muda dari segi pemerintahan dan tidak tersenarai sebagai calon Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong dipilih untuk mengira kertas undi bersama-sama dengan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja.

6. Hanya Raja-Raja, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja dan Penolong Setiausaha Majlis Raja-Raja sahaja yang terlibat dalam proses pemilihan.

7. Seseorang Raja boleh memilih seorang Raja lain sebagai proksi iaitu mengundi bagi pihak baginda sekiranya Raja itu tidak menghadiri Mesyuarat Pemilihan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!