Tong gas terpelanting masuk kediaman, pemilik rugi RM10,000

Pagar rumah inap desa rosak selepas dihentam sebuah tong gas dalam kejadian di Sitiawan semalam. Sebuah lagi tong gas jenis oxy acetylene welding turut ditemui di padang di hadapan rumah mangsa.
Pagar rumah inap desa rosak selepas dihentam sebuah tong gas dalam kejadian di Sitiawan semalam. Sebuah lagi tong gas jenis oxy acetylene welding turut ditemui di padang di hadapan rumah mangsa.
A
A
A

LUMUT - Sebuah inap desa mengalami kerosakan teruk akibat hentaman tong gas yang terpelanting masuk ke kediaman terbabit di Taman Bahagia, Sitiawan di sini semalam.

Kejadian sekitar jam 1.30 petang itu disedari oleh jiran sebelah selepas terdengar bunyi kuat seperti guruh sebelum bertindak menghubungi pemilik rumah dan polis.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Nor Omar Sappi berkata, siasatan menemui sebuah tong gas jenis oxy acetylene welding di bahagian dapur rumah tersebut.

Menurutnya, kejadian itu disyaki berpunca daripada tindak balas tong gas yang diketuk oleh beberapa individu dari arah padang di depan rumah mangsa.

“Kerosakan itu melibatkan pagar, pintu rumah, perabot dan sinki dapur selain dinding rumah berlubang akibat hentaman tong gas terbabit.

“Kejadian itu disyaki hasil tindakan dua atau tiga individu dipercayai pengutip barang lusuh yang bertindak mengetuk tong gas dari jarak kira-kira 30 meter dari tempat kejadian,” katanya.

Nor Omar berkata, kejadian itu menyebabkan pemilik rumah mengalami kerugian sejumlah RM10,000.

“Siasatan awal mendapati tiada sebarang unsur jenayah dikesan dan ia berkemungkinan terdapat kecuaian daripada perbuatan individu terlibat.

Artikel Berkaitan:

“Bagaimanapun, pihak polis masih meneruskan siasatan bagi mengenalpasti punca kejadian,” katanya.

Beliau meminta kerjasama orang ramai untuk membantu siasatan dengan menyalurkan maklumat berkaitan kejadian itu di balai polis berhampiran.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!