Lelaki maut main telefon sedang dicas
BANGKOK - Seorang lelaki di Thailand maut dipercayai akibat terkena renjatan elektrik ketika bermain telefonnya yang sedang dicas.
Kittisak Moonkitti, 28, meninggal dunia di dalam bilik di rumahnya di wilayah Chonburi semalam.
Ibu mangsa, Rinnaporn Moonkitti, 57, yang curiga kerana panggilannya tidak dijawab bergegas ke bilik mangsa dan mendapati anaknya terbaring tidak sedarkan diri sambil tangannya memegang telefon yang masih disambung ke suis utama.
Usaha Rinnaporn mengejutkan anaknya tidak berjaya dan polis yang tiba di tempat kejadian tidak lama kemudian mengesahkan tukang masak itu telah meninggal dunia mungkin berpunca daripada telefon bimbitnya.
"Saya datang ke sini untuk melawatnya tetapi dia menghabiskan banyak masa di dalam bilik. Bila saya minta dia bersihkan rumah dia tidak membalas. Saya hubungi polis kerana bimbang dia tidak beri sebarang tindak balas," kata ibu mangsa.
Difahamkan, mayat mangsa akan dibedah siasat untuk menentukan punca kematian. - Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!